Mama Rose :)

Mama Rose :)

Total Pageviews

Friday 22 April 2011

Gejala pembuangan bayi, amat menyedihkan....


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.
Aku dpt petikan artikel in dr temanku melalui e-mel.Bila aku baca aku sungguh terharu dgn perbuatan manusia era ini.Kenapa eh, waktu sebelum buat tu x fikir?Knp pikir sedap je, x pikir sakit nya nnt, soalan ni aku tuju kt kaum aku sendirilah terutama anak2 remaja.Aku pun ada anak remaja dan aku akan duduk setiap kali ngan mereka berbual ngan anak2 aku psl benda nie setiap kali ia keluar di berita mahupun dlm akhbar.aku ni bukanlah pandai sgt tp perkara mcm nie dh pun berlaku waktu aku remaja dulu tp berita ni skrg lebih hebat dan ketara sgt...Kesian pd bayi yg x berdosa tu dan juga kesian pd anak2 dara yg menjd mangsa....cuma satu je soalan aku, TAK KESIAN KE KAMU DGN DIRI KAMU YANG MENJADI PEREMPUAN????Cuba pikirkan kenapa aku tanya begitu...kalau sape2 yang tau jawapannya silalah bagitau...hrp2 jawapannya dpt membuka mata perempuan2 dan anak2 perempuan diluar sana......kalau nak jawapan dr aku, nnt aku tuliskan......


No comments:

Post a Comment