Bagai nak rak jiwa ngan raga aku, dari pagi sampai ke tengah-hari menanti cikgu membawa keputusan yang x sampai-sampai.Kepala otak aku asyik pening je, darah berderau dan rasa nak menangis pun ada, ni sape yang sebenarnya nak ambik keputusan aku ke anak bongsuku, Ain...hahaha
Genap jam 12:30pm cikgu2 semua tiba di dewan, biasalah ye, ada je ucapan mengenai pencapaian anak2 murid, selepas tu cikgu pun memulakan upacara memanggil pelajar2 yang mendapat Straight A's(8A), jumlahnya 28 pelajar and anakku bukanlah diantaranya so biasalah sedih gak aku tp nak buat mcm eh, dia dh cuba sedaya upaya...aku agak mungkin dia capai sama seperti kakak2nya iaitu 5A, so tgh aku nie sibuk2 tgk budak2 nie naik pentas, adalah satu manusia nie yg sibuk sgt berdiri depan aku, badanlah mcm badak sumbu, baunya pulak....amak ai sampai nak muntah aku so aku pun keluarlah dewan...x tahan...wekkkkk...
So aku teruslah lepak kat pondok luar dewan sekolah, aku dengar gak, cikgu sebut'pihak kami juga ucapkan tahniah kepada pelajar2 yang mendapat 7A..then suara tu sebutlah nama pelajar2....kejap perlahan-kejap kuat yang aku nie lak leka tgk budak2 yang menangis mungkin sedih sgt, yelah keputusan yang diharapkan mungkin x kesampaian...
Tiba-tiba lak aku dengar anak aku, Ayie menjerit and aku nampak Ain menangis dan sejambak bunga ditangannya ...'Mama, Ain dpt 7A lah" tulah kata dari mulut kakak Ayie dia...tersentap aku kat situ.Ain terus berlari kat aku, "Mama pegi mana?Cikgu tanya tau, mak mana?cari2 mama x ada nak ajak ikut naik pentas tau"....lah terlepas aku nak kepoh, tulah manusia badak tu td punya pasallah nie, apa2pun x kisahlah, KEGEMBIRAAN AKU TERSERLAH!!!!
Alhamdullillah, apa yang aku doakan dan harapkan anak aku telah jadikan kenyataan.Hilang semua rasa resah dan sedih.Hilang segala penat dan lelah, hilang segala kesakitan yang selama nie.
Sekarang nie aku x kisah apa org nak kata pasal aku, nak mengumpat pasal aku, nak menghina aku...sbb aku bersyukur kerana Allah beri aku kekuatan menjadi seorg IBU dan x ada sape2 pun yang boleh memisahkan aku dgn anak2 aku sbb aku IBU mereka, dan aku yang lahirkan mereka....and rasanya x salahkan kalau aku BANGGA menjadi IBU kepada anak2ku.
TAHNIAH, AIN!!!!MAMA LOVE SO MUCH AND THANKS FOR ALL YOUR HARDWORK!!!!MOGA ALLAH AKAN SENTIASA MELINDUNGI YOU AND MEMBANTU YOU DALAM APA JUA YANG YOU LAKUKAN AND MAMA WILL ALWAYS BE HERE FOR YOU...xoxo MY WORLD...MY LIFE
PMR - 7A's