Mama Rose :)

Mama Rose :)

Total Pageviews

Thursday, 5 May 2011

bertudung atau tidak,patutkah kita hakimi mereka????

Mlm nie kecoh anak aku psl satu page di fb yg menghentam wanita yg x bertudung...anak dara aku mengadulh kt aku nie.aku malaslh nk lawat page tu,coz its a normal issue.Byk dh org perkatakannya dan sebagai perempuan dan seorg Islam,aku pun tau bab tu.Aku sendiri pun tau aurat tu kt mane tp aku mcm nie gak dan kebanyakkan pompuan Islam kt dunia nie pun tau tp persoalannya knp masih ada pompuan Islam masih x nak pakai tudung termasuklh aku nie.....aku ada jawpan kau sendiri.
Bagi akulah, x payah lh org yg buat page nie, nk debat hebat2 utk tunjuk baiknya dia dan kononnya nak sedarkn kaum Hawa, sebab sekrg setiap org ada jawapannya dan hebat2 jawapannya. aku x nak pertikaikan apa2 sebab benda nie melibatkan perasaan dan sensitiviti manusia.Mmg betul pompuan Islam diwajibkan menutup aurat tp disebabkan peredaran zaman dan kemodenan kebykkan pompuan x nak, lagipun bagi akulh ye kalau setakat kau bertudung nak nak menunjukkan kau Islam tp dlm diam kau pun buat perkara haram, baik x payah.MEMALUKAN ORG ISLAM LAGI ADALAH...X pyhlh aku nak bagi contoh sebab rasa aku korg sendiri dh byk tgk video mengarut anak melayu Islam kita yg bertudung.amatlh SEDIH..aku sendiri malu....Nak pakai tudung nie, hati biar betul2 jujur dan betul2 fahami dan juga ikhlas, kenapa kita diwajipkan memakainya. Jgnlh sekadar nak tunjuk kau tu muslimah. Aku rasa org yg buat page ni, better kaji dulu betul2 pompuan2 Islam nie, Jgn tau nak kenakan org je......lagipun aku pun byk gak kwn2 yg pakai tudung tp bila aku duduk ngan dia org, mulut dia org lagi laser dr aku, sampai suami sendiri pun berani ni maki hamun, bukn setakat tu je, mengumpat, mencaci org, tu x termasuk yg ada skandal ngan jantan luar pdhal dh bersuami pun, mcm tu ke muslimah bertudung, pelik aku????heran2....
Jgnlh kita pandang seseorg tu dr segi pakaian atau rupa bentuk mereka sebab kita x tau apa yg ada dlm hati dia.Hanya Allah yg tau...Ingatlh bukan kita yg mengadili seseorg tu dan bukan kita yg tentukan nasib, hidup atau mati seseorg..... Hati kita nie dihujung jari Allah je...manalh tau asyik sibuk ingat diri tu dah baiklh amat..riaklh sesgt...esok ke lusa ke, bila2 ke Allah terbalikan diri tu, lagi parah.Org yg kau sibuk  caci x pakai tudung, tup2 pakai tudung dan berubah...manakala diri kau atau famili kau tukar jd dia yg dulu, x ke sakit kau nnt....kalau nak bagi nasihat tu biarlh berpada-pada x pyh nak tunjuk awak tu alimlh sgt. Kalau belum cukup berpengalaman nak bagi ceramah, x pyhlh bagi.,,, lagipun isu nie selalu sgt diperkatakan sampaikan aku pun naik boring....apatah lagi nak gaduh2 debat2 hal nie, IT'S PATHETIC,...ORG ISLAM NAK MEMALUKAN ORG ISLAM SENDIRI...kalau sendiri punya Fardhu Ain x betul, jgn cubalah nak betulkan Fardhu Ain org lain, buat tambah dosa je....

1 comment:

  1. erm betul tue Aunty..
    zaman sekarang nie pakai tudung bkn tuk ttp aurat
    tapi tuk tutup rambut jew xpin lebih ke arah fesyen jew

    ReplyDelete